Sebaiknya buah kuinin itu
Tidahlah masak terlalu
Kerana yang terlalu masak
Selalunya kurang enak
Walaupun gugur melambak
Berbau semerbak
Dipungut pun tidak
Diberi orang tak hendak
Dijual orang menolak…
Sebaiknya buah kuini itu
Janganlah masak selalu
Biarlah masaknya biasa
Walaupun sederhana
Tetap wangi barbau
Ramai yang mahu suka menghidu
Diberi sudah laku…
Demikian sebaik-baiknya perkara
Biarlah sederhana
Berpatutan
Dan tidak berlebihan..